Moringa oleifera                                                                  

Pengenalan

Famili: Moringaceae

Nama Melayu: Kelur

Nama Lain: 'Horse-radish' tree, 'Drumstick' tree

     

Penerangan

Tumbuhan berkayu boleh mencapai ketinggian 5-12 meter. Batang pokoknya  berwarna kelabu. Buahnya pula berbentuk kekacang panjang berwarna hijau dan keras serta berukuran 120 cm panjang.

Kegunaan

Ia dilaporkan pernah diguna untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit kepala, batuk, bronkitis, sakit kerongkong, penyakit perut, penyakit konjunktivitis iaitu radang membran pada mata dan penyakit malaria.

Ia juga dilaporkan diguna untuk merawat luka, jerawat, tetanus dan sebagai ubat perancang bagi masyarakat asli Afrika.

 

Keracunan

Bahagian Beracun: Daun

Bahan Aktif: Niazinin A dan B, Niazimicin,  Niazirin

Bahan Lain: Oleic-vaccenic acid , 4-[(4'-O-acetyl-alpha-L-rhamnosyloxy) benzyl]isothiocyanate, Niaziminin A, and Niaziminin B.

Kesan Keracunan

Keracunan  tumbuhan ini melibatkan penurunan tekanan darah dan denyutan jantung. Ia juga merangsang kontraksi pada rahim. Ujian pada tikus yang sedang mengandung menunjukkan 100 %  keguguran.

 

            

 


List of Poisonous Plant